Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Three-fingered salutes dan covid 19

 Aku baru aje baca world news, di Thailand berlaku besar-besaran demostrasi inginkan perubahan reform pada kerajaan yang memerintah dan pada institusi di raja. Pendemostrasi  menunjukan tiga jari tengah lebih kurang seperti menunjukan  satu jari tengah atau middle finger  sebagai bantahan kepada institusi di raja di sana. Berasak-asak pendemo tapi yang aku tahu kes covid di Thailand memang rendah sehingga kini. Mereka lebih awal menutup sempadan dan mengenakan lockdown. Harap kerajaan Malaysia sedar tentang kepentingan kuarantine wajib 14 hari ditempat-tempat yang disediakan oleh kerajaan  bagi mereka yang baru pulang dari Sabah, atau mana-mana negara atau negeri yang berisiko tinggi. Jika tidak gelombang kedua, ketiga dan seterusnya akan terus berlaku, 'simple rule'. Kendiri sendiri, mana boleh dipercayai, mesti ada yang degil keluar dan pergi ke sana sini walaupaun ada hukuman . Tengok saja kes-kes tinggi di USA, UK, dan Europe mana ada orang suka dikurung di rumah, jadi kita

Bunga Matahari

Untung sungguh ada Blogger ini, sudahlah free. sekarang nak buat apa pun kena bayar. Aku gunakan platform ini untuk simpan gambar-gambar dan dikongsikan dengan semua. Sekarang zaman teknologi, gambar semua dalam file, sekali terdelete habis semua hilang files, malas pulak nak buat back up, Yelah dulu pakai filem sekarang simpan dalam memory card. Ini gambar bunga matahari di rumah saudara aku. Cantik juga pemandangan. Besar dan tinggi pokoknya. Bunganya sebesar muka orang, cantik. Sekarang musim PKPB, banyak masa terluang duduk di rumah baik  bercucuk tanam. 

Musim Covid

Sekarang gelombang kedua Covid 19 melanda. Baru aje lega nak bernafas, dah kena PKPB semula di Selangor, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan dan termasuk negeri Sabah di mana kes covid dah mencacak. Siapa sangka dan pernah terfikir di kala tahun 2020 meuju wawasan rupanya di timpa covid 19 bukan di Malaysia tapi seluruh negara di dunia. Sekarang lebih 1 juta rakyat seluruh dunia mati kerana covid dengan negara USA dan India mencatat angka jangkitan covid 19 tertinggi di dunia. Ujian Allah di akhir zaman. Kerap cuci tangan, memakai mask dan jaga penjarakan, insyallah kita berada dalam lindungan Allah. Di tengah tengah musim covid ini banyak pulak katak melompat-lompat, kejap melompat sana, kejap melompat sini, bila nak habis, pening YDP. Aku pun pening kepala juga memikirkan. 

Abah Rotan

Dah lama tak menulis dah berkarat otak, ni cuba try test tulis dalam bahasa Melayu laju sikit flownya, blog ini untuk aku tulis apa-apa aje aku suka nak tulis, politik, semasa, keluarga, agama apa-apa ajelah terlintas dalam kepala otak aku. Nak tulis politik boleh juga tapi tak da kabel nanti buat berita palsu pulak takut nanti nak jawab apa di akhirat kelak, nanti 'abah' rotan bukan 'abahkau' tapi abah aku. dah tua-tua pun kena rotan huhu. Abah pun satu asyik dengar cakap Atuk, susah kita.