Sekarang gelombang kedua Covid 19 melanda. Baru aje lega nak bernafas, dah kena PKPB semula di Selangor, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan dan termasuk negeri Sabah di mana kes covid dah mencacak. Siapa sangka dan pernah terfikir di kala tahun 2020 meuju wawasan rupanya di timpa covid 19 bukan di Malaysia tapi seluruh negara di dunia. Sekarang lebih 1 juta rakyat seluruh dunia mati kerana covid dengan negara USA dan India mencatat angka jangkitan covid 19 tertinggi di dunia. Ujian Allah di akhir zaman. Kerap cuci tangan, memakai mask dan jaga penjarakan, insyallah kita berada dalam lindungan Allah. Di tengah tengah musim covid ini banyak pulak katak melompat-lompat, kejap melompat sana, kejap melompat sini, bila nak habis, pening YDP. Aku pun pening kepala juga memikirkan.
Sedih, It is really frustrating. Covid 19 naik paling tinggi sudah cecah lebih 5000 kes positif tiga hari berturut-turut bulan lepas, Bila nak turun, aku bukan menteri gaji berpuluh-puluh ribu. Sampai bila nak pkp dan pkpb. Sampai berjanggut?. Bila ini semua akan berakhir, Negara lain sudah rolling vaccine Malaysia bila lagi? Aku ada terbaca musibah covid akan diikuti musibah lain. Tanda-tanda kita menghampir dan sudah sampai ke akhir zaman bila orang yang menipu dan tidak bijak diangkat menjadi ketua dan pemimpin, bila penyakit merebak muncul dan fitnah berleluasa. Tidak akan aku lupa janji manis 'manifesto bukan kitab suci" Aku tidak terpedaya kepada janji-janji tidak masuk akal , tapi ramai yang termakan kerana zaman fitan. Hanya kepada Allah aku berserah. Sebelum bunga layu dan mati, aku ambil gambar. Nak tunggu pokok ini berbunga memang lama.
Comments
Post a Comment