Skip to main content

Aku Anon

 Asalamualaikum

Blog ini aku create untuk mengisi masa yang terluang, sebagai hobi dan coretan. Apa yang terlintas di hati banyak juga gambar-gambar menarik kerana aku minat fotografi  untuk dikongsikan.  Aku lebih suka di kenali dengan nama Anon sesuai dengan sifat aku yang tidak suka menonjolkan diri dan  introvert. Bila ada masa terluang aku akan cuba menulis. Aku dulu bekerja di bidang pembinaan sekarang bekerja sendiri sebab sudah tak kuasa bekerja dengan orang kerana aku pun sudah tua dan kadang-kadang  sensitif . Harap blog ini akan bermanfaat. 

Comments

Popular posts from this blog

Bunga Matahari

Untung sungguh ada Blogger ini, sudahlah free. sekarang nak buat apa pun kena bayar. Aku gunakan platform ini untuk simpan gambar-gambar dan dikongsikan dengan semua. Sekarang zaman teknologi, gambar semua dalam file, sekali terdelete habis semua hilang files, malas pulak nak buat back up, Yelah dulu pakai filem sekarang simpan dalam memory card. Ini gambar bunga matahari di rumah saudara aku. Cantik juga pemandangan. Besar dan tinggi pokoknya. Bunganya sebesar muka orang, cantik. Sekarang musim PKPB, banyak masa terluang duduk di rumah baik  bercucuk tanam. 

Covid Lagi

Sedih, It is really frustrating. Covid 19 naik paling tinggi sudah cecah lebih 5000 kes positif  tiga hari berturut-turut bulan lepas, Bila nak turun, aku bukan menteri gaji berpuluh-puluh ribu. Sampai bila nak pkp dan pkpb. Sampai berjanggut?. Bila ini semua akan berakhir, Negara lain sudah rolling vaccine Malaysia bila lagi? Aku ada terbaca musibah covid akan diikuti musibah lain. Tanda-tanda kita menghampir dan sudah sampai ke akhir zaman  bila orang yang menipu  dan tidak bijak diangkat menjadi ketua dan pemimpin, bila penyakit merebak muncul dan fitnah  berleluasa. Tidak akan aku lupa  janji manis 'manifesto bukan kitab suci"   Aku tidak terpedaya kepada janji-janji tidak masuk akal , tapi ramai yang termakan kerana zaman fitan.  Hanya kepada Allah aku berserah.  Sebelum bunga layu dan mati, aku  ambil gambar. Nak  tunggu pokok ini berbunga memang lama. 

Three-fingered salutes dan covid 19

 Aku baru aje baca world news, di Thailand berlaku besar-besaran demostrasi inginkan perubahan reform pada kerajaan yang memerintah dan pada institusi di raja. Pendemostrasi  menunjukan tiga jari tengah lebih kurang seperti menunjukan  satu jari tengah atau middle finger  sebagai bantahan kepada institusi di raja di sana. Berasak-asak pendemo tapi yang aku tahu kes covid di Thailand memang rendah sehingga kini. Mereka lebih awal menutup sempadan dan mengenakan lockdown. Harap kerajaan Malaysia sedar tentang kepentingan kuarantine wajib 14 hari ditempat-tempat yang disediakan oleh kerajaan  bagi mereka yang baru pulang dari Sabah, atau mana-mana negara atau negeri yang berisiko tinggi. Jika tidak gelombang kedua, ketiga dan seterusnya akan terus berlaku, 'simple rule'. Kendiri sendiri, mana boleh dipercayai, mesti ada yang degil keluar dan pergi ke sana sini walaupaun ada hukuman . Tengok saja kes-kes tinggi di USA, UK, dan Europe mana ada orang suka dikurung di rumah, jadi kita