Sedih, It is really frustrating. Covid 19 naik paling tinggi sudah cecah lebih 5000 kes positif tiga hari berturut-turut bulan lepas, Bila nak turun, aku bukan menteri gaji berpuluh-puluh ribu. Sampai bila nak pkp dan pkpb. Sampai berjanggut?. Bila ini semua akan berakhir, Negara lain sudah rolling vaccine Malaysia bila lagi? Aku ada terbaca musibah covid akan diikuti musibah lain. Tanda-tanda kita menghampir dan sudah sampai ke akhir zaman bila orang yang menipu dan tidak bijak diangkat menjadi ketua dan pemimpin, bila penyakit merebak muncul dan fitnah berleluasa. Tidak akan aku lupa janji manis 'manifesto bukan kitab suci" Aku tidak terpedaya kepada janji-janji tidak masuk akal , tapi ramai yang termakan kerana zaman fitan. Hanya kepada Allah aku berserah. Sebelum bunga layu dan mati, aku ambil gambar. Nak tunggu pokok ini berbunga memang lama.
Aku baru aje baca world news, di Thailand berlaku besar-besaran demostrasi inginkan perubahan reform pada kerajaan yang memerintah dan pada institusi di raja. Pendemostrasi menunjukan tiga jari tengah lebih kurang seperti menunjukan satu jari tengah atau middle finger sebagai bantahan kepada institusi di raja di sana. Berasak-asak pendemo tapi yang aku tahu kes covid di Thailand memang rendah sehingga kini. Mereka lebih awal menutup sempadan dan mengenakan lockdown. Harap kerajaan Malaysia sedar tentang kepentingan kuarantine wajib 14 hari ditempat-tempat yang disediakan oleh kerajaan bagi mereka yang baru pulang dari Sabah, atau mana-mana negara atau negeri yang berisiko tinggi. Jika tidak gelombang kedua, ketiga dan seterusnya akan terus berlaku, 'simple rule'. Kendiri sendiri, mana boleh dipercayai, mesti ada yang degil keluar dan pergi ke sana sini walaupaun ada hukuman . Tengok saja kes-kes tinggi di USA, UK, dan Europe mana ada orang suka dikurung di rumah, jadi kita